web site traffic statistics
Selamatkan Bumi Kita
Kelip-kelip Di Sangka Api.. Kalau Api Mana Puntungnya..?
Hilang Ghaib Di Sangka Mati.. Kalau Mati Mana Kuburnya...!



Thursday, October 9, 2008

Tragedi Oktober...

Tak sanggup lagi aku
Mengenang kisah lalu
Keganasan menghantui diriku
Biarkan ia pergi
Menjadi suatu misteri
Bagaikan tiada hati yang peduli
Tak mahu ku ingat lagi
Apa yang telah terjadi
Tragedi Oktober..!!

Ermm.. mungkin ada kekawan yang tak tau.. dan mungkin ada gak kekawan yang dah tau... aku sendiri pun tak tahu macam mana nak cerita.. Tapi inilah kejadian BENAR yang telah terjadi kepada sahabat baik kita iaitu Chaen & keluarganya pada awal pagi raya ke 3 iaitu pada hari Jumaat, 3 Oktober minggu lepas... di mana sahabat kita telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di kawasan sekitar Padang Tembusu, Sungai Petani Kedah...

Menurut Chaen, kejadian berlaku sewaktu dia dalam perjalanan dengan anak dan isterinya.. di mana secara tetiba sebuah lori telah merempuh kereta beliau dari belakang hingga hilang kawalan dan tercampak... Habis remuk kereta Chaen.. nasib baik la anak dan isterinya berada di kerusi hadapan.. dan kalau la ada ahli keluarga yg lain menumpang di belakang.. eeemmm entah la.....?

Di sini aku paparkan beberapa keping gambar kereta Proton Iswara Chaen di lokasi kejadian.. di mana kereta tuh memang 'total lost' laa...





Huh... ngerikan keadaan kereta Chaen nih.. Tapi alhamdullillah la.. Chaen dan keluarganya semuanya selamat... Bersama nih aku titipkan msg dari Chaen utk tatapan kita semua...

"Aku x tergamak nak hantar kat korang gambar2 ni suma sebab takut bila aku tengok nanti fobia balik. Anyway utk iktibar okla. Berhati-hati dijalan raya. Yg penting jgn lupa baca doa naik kenderaan. Nanti aku akn email doa elak kemalangan utk amalan kita bersama. InsyaAllah. Mungkin hari tu aku terlepas pandang kot hal2 mcm ni..... " - Chaen

No comments: