Emmm... kesinambungan dari cadangan Chaen untuk membuat Open House Zon Utara, maka walaupun pada hari Jumaat tuh Chaen terlibat dgn kemalangan, namun dia tetap meneruskan niatnya pada hari Sabtu berikutnya. Emmm.. menurut Chaen, berikut adalah beberapa nama rakan yang telah menghadirkan diri ke Open House tersebut :
1. Megat & family. (jam 1-3 ptg)
2. Hamasrul & Family (6 ptg)
3. Farihan & Family (9 mlm)
4. Tahir & Family (hari Ahad ptg)
Berikut pula adalah gambar yang Chaen sempat ambik.. hehehe hanya gambo Megat family je.. sebabnya lepas tuh Chaen lupa la plak nak ambik gambo... hehehehe

Oh ye.. aku sebenarnya memang plan nak pi Open House Chaen, tapi terpaksa balik keje hari Jumaat ptg tuh gak.. sedih gak la tak dapat nak join Open House Chaen.. takpe.. hujung minggu ni aku pi ziarah Chaen.. raya kan sebulan.. heheheh
Apa pun.. dikesempatan ini aku nak mengucapkan jutaan terima kasih la kepada Chaen kerana sudi menjadi host untuk Open House Zon Utara.. Terima kasih bro.. Semoga ALLAH limpah seribu rahmat buat Chaen sekeluarga.. Amin..

No comments:
Post a Comment