web site traffic statistics
Selamatkan Bumi Kita
Kelip-kelip Di Sangka Api.. Kalau Api Mana Puntungnya..?
Hilang Ghaib Di Sangka Mati.. Kalau Mati Mana Kuburnya...!



Friday, February 15, 2008

Ceritera 4 - Mari kita pi Site Survey...!!

"Perancangan Bandar.. bermaksud ianya mestilah berkaitan dengan keadaan alam sekeliling itu sendiri.. macam mana nak plan sesuatu kawasan.. buat kajian mengenai apa yg baik dan yg buruk agar sesuatu dapat dilakukan untuk memperbaiki keadaan semasa.."

Amboii.. masih terngiang2 lagi ditelinga aku kata2 En Anuar Amir.. penyelia studio waktu sesi penerangan studio.. Berkelip2 mata aku cuba buat2 faham apa yang dimaksudkan walaupun sebenornya aku masih lagi dok teringat kat Mr. Slurpee yang aku minum hari tuh..heheheh Tapi kan, sebenarnya course yang aku ambik nih kira best la.. sebabnya aku berpeluang jalan2 tgk tempat org.. sepanjang aku ambik kursus ni, mana tempat aku tak pi kat negeri Johor nih.. merata2 dah pi.. even luar dari Johor pun kami dah pi.. semua nih dipanggil Site Visit atau Site Survey....

Teringat aku, site survey aku yang pertama adalah di Bandar Baru Uda (BBU).. Group studio dipecahkan kepada beberapa team, di mana group aku dianggotai oleh Hasnita (Sams), Kuri, Che En dan Fadli.. jangan lupe aku aaa.. Kami dikehendaki membuat kerja-kerja site survey, mengukur dan melakukan lakaran dan catatan di sekitar Taman Bandar Baru Uda.. heheheheh "habis itam kulit i.. you.." terngiang2 aku dgr Che En mengajuk cakap2 ala2 mak nyah...


Gambo nih kami ambik waktu kami tgh2 berehat selepas kulit panas dibakar terik matahari... Seronok memang seronok.. tapi letih aaa.. maklum aa nak kena jalan sambil buat lakaran dan ambik ukuran jalan aaaa... ukuran parit laa.. macam2 la.. Dah tu plak.. Kena buat muka selamba la tarik pita ukur panjang2.. kalau awek lalu ke.. buat2 la renung ke lain.. aku la.. tapi kalau Fadli.. heheheh dia kan ramah... tapi kan, dalam team aku nih.. aku paling respek la dgn si sams.. hheheheh walaupun dia nih awek.. tapi kekadang semangat minah nih mengalahkan kami kaum lelaki ni.. hahahahha cuma waktu bergambo, dia tak boleh nak nak bergayut macam aku, che en dan kuri...

Berikut adalah gambo2 kenangan waktu kami melaksanakan kerja2 site survey yang pertama.. Ada gak la terselit sikit2 gambo yang agak poyo.. tapi waktu tu kami tak kacau orang pun.. suka hati kami la.. betui kan? kan? kan?



Dan seperti biasa, selepas habis semua keje2 site survey siap diaksanakan.. Maka kami pun akan berkumpul la di tepi tepi jalan menunggu bas UTM datang ambik.. heheheh bukannya bas aircond macam sekarang nih.. Tapi bas kontot je.. ala2 bas mini.. kontot2 pun itu la bas yg bawak aku dan kekawan pusing satu Johor.. dan walaupun seat bas tu agak keras.. bila dah letih sangat.. kami selalunya terlena dibuai angin dan asap bas yang masuk melalui tingkap.. Emmm.. korang x teringat ke?

hehehhehe... kan aku dah cakap tadi.. Cuba tgk gambo nih.. Pok Le' baikkkkk je pejamkan mata melayan bau asap bas sampai terlena.... hahahhaha Pok Le' di mana la ko sekarang?

No comments: