Tapi malam nih aku bukan nak citer pasal IT atau astro.. Tapi aku nak citer pasal sinonimnya Klinik Kesihatan UTM dengan aku pada zaman aku diploma dulu.. terletak di Blok H07, Kampung Belian (Kolej Tun Fatimah) alaaa... sebelah blok ROTU dulu.. dan kat klinik nih la bermacam kenangan yang tak dapat aku lupakan telah berlaku..
Seperti yang aku pernah cakap dulu.. aku memang ada penyakit migrain sikit.. memang tak boleh kena panas yg berlebihan.. atau kurang tido yang amat kritikal.. atau tension keje studio yg tak tertanggung.. maka aku selalunya akan migrain.. teringat lagi waktu tu.. kalau aku migrain, sure bijik mata pun akan retak seribu.. sakit sangat.. dan selalunya akan disudahi dengan muntah.. hehehhehe habis la segala maggi.. nasi lauk telur campur kuah kari akan bercucuran keluar masuk ke dalam mangkuk tandas blok aku dulu... hehehhe tapi kan.. kekadang.. aku nih memang suke gak dapat migrain nih.. especially kalau aku malas nak masuk kelas.. aku akan renung matahari sampai pitam then pi Klinik H07 utk dapatkan MC.. heheh bongok betul aku dulu.. tapi tak la selalu aku buat.. ada la sekali dua je sepanjang aku belajo kat UTM.. tapi bila fikir2 balik.. bengong betui la aku zaman jadi student dulu.. tapi itu kisah penyakit aku la.. Tapi kan, alhamdullikah.. sekarang nih aku dah lama tak migrain.. sebabnya.. sejak aku pi buat rawatan berbekam di Kampung Tok Soh, Sg Petani.. bagus betui aa.. betui bak kata opismate aku.. berbekam nih bagus sangat.. dan aku syorkan kekawan lain pun try..
Dulu.. masa aku belajar.. aku ada sorang kawan yang dikategorikan sebagai sakit unpredictable.. maksud aku.. kalau dia nak sakit.. memang kita tak boleh jangka.. Ismairiyanti atau mai namanya.. heheheh mai.. citer pasal ko la malam nih... Aku sebenarnya tak pasti apa penyakit sebenar mai masa tuh? cuma.. memang kerap sangat dia pengsan.. Pernah satu ketika dulu waktu aku dalam perjalanan nak balik kolej.. dan aku nampak mai sedang jalan kaki menuju ke simpang jalan menghala kolej dia.. aku masa tuh dok berdiri kat jambatan depan bilik Dekan... heheh memang nakal aku masa tuh... aku pun menjerit "Mai... Mai..... Oooooiii Mai... Tunggu jap.. Mari Sini jap!!" saja je nak mengenakan si mai ni... maka si mai yang dah jalan agak jauh kira2 dah nak sampai simpang tu pun patah la balik berjalan ke arah aku.. "Kenapa ijan..?Kenape..? Ada apa yg mai boleh tolong?"... heheheh dan dengan selambanya setannya aku jawab "Hehehehe takde ape2.. saje je!".. kesian mai.. jahat betul la aku masa tuh... mai pun dengan coolnya patah balik dan meneruskan perjalanannya ke Kolej.. dan aku pun meneruskan perjalanan aku menyeberangi jambatan tuh..
Tetiba... "Ijan..ijan.. tolong Mai.. Mai nak Pengsan nih!!".. Terkejut aku... dan aku pun cepat2 la memusingkan kepala ke arah mai dan aku lihat dia berdiri dalam jarak 50 meter dari aku... heheheh ini mesti nak balas dendam kat aku nih.. aku rasa la... "Heheheh ye la tuh.. Mai nak kenakan ijan ye?" aku menjawab.. "Tak..tak.. betul nih.. Mai nak pengsan..!" emmmm betui ke nih? aku pun memerhatikan mai sambil terkebil2 bijik mata.. namun, tetiba aku lihat muka mai agak pucat.. dan aku pun cepat2 berlari menuruni tangga dan berlari ke arah mai... Tapi sayangnya.. tak sempat aku nak sampai... mai pun dah lembik dan nak jatuh pengsan betul2 di tepi longkang yang agak dalam jugak la.. nasib baik tak jatuh dalam longkang tuh.. Tapi sebelum mai sempat tumbang.. aku sempat jerit bagi arahan pada seorang siswi yang kebetulan berjalan di tepi mai agar segera menampung badan mai untuk mengelakkan dia dari mencederakan diri dia sendiri.."Adik.. cepat tolong sambut kawan saya nak pengsan tuh!!" jerit aku... Selepas tuh, ramai la org yang datang mengerumuni tempat kejadian tuh.. ada gak la kekawan kelas aku yg lain datang gak.. ada Arnida, Jidin dan beberapa org lagi.. akhirnya mai pun di hantar ke Klinik Kesihatan UTM untuk pemeriksaan lanjut...
Huh!! menyesal sungguh aku waktu tu kerana bergurau agak kasar dengan mai..! mai mungkin agak keletihan dan dalam perjalanan pulang ke kolej... "Maafkan aku ye mai?" tapi kan.. bila aku fikir2 balik kata-kata Azlani selepas kejadian tu.. aku pun termanggu keseorangan.. "alaaa Jan, nasib baik la ko buat lawak bodoh dan panggil mai patah balik sebelum dia melintas jalan.. kalau tak? Jika dia tgh melintas jalan, tetiba dia pengsan dan kalau waktu tuh ada kereta atau moto sedang dipandu laju ke.. macam mana?" emmm... entah la.. dua2 ada pro and con.. Apa pun, bukan la niat aku nak menyusahkan mai waktu tu.. cuma aku nih memang suka menyakat org.. dan mai adalah antara budak pompuan kelas aku yang tak pernah cepat ambik hati kalau aku bergurau.. Pasal sakit mai tuh.. aku sendiri tak tau hujung pangkalnya.. ye la.. semua org ada rahsia mereka.. dan masa tuh mai adalah antara kawan diploma aku yang penuh dgn rahsia.. tak silap aku.. klinik mahasiswa UTM tuh udah macam blok no 2 mai waktu tu..! tapi sekarang nih sejak dah berkahwin dengan kacang.. dah ada 2 org puteri nih.. aku rasa mai dah sihat dan aku doakan agar mai dan kacang sekeluarga terus sihat dan dijauhi dari segala penyakit... Amin!!
Selain dari kisah mai nih, masih aku teringat lagi satu cerita waktu aku sedang menunggu giliran nak ambik ubat di Blok Ho7 dulu.. dalam dok penat2 menunggu tetiba aku terdengar bunyi kecoh2 apabila ambulans datang menghantar seorang pelajar yang kepalanya berlumuran dengan darah.. perghh.. punya la banyak darah masa tuh sampai baju tshirt yang digunakan utk menutup luka kat kepala tuh pun dah jadi warna merah... eeeeiii aku nih kalau nampak darah memang tak boleh aaa.. rasa ngeri sangat.. tapi pada hari tuh, entah kenapa aku rasa nak tgk gak.. bukan sesuatu yang biasa aku buat... dan apabila kakitangan klinik tuh terus membawa pelajar tu masuk ke wad kecemasan.. aku terdengar suara jururawat yang bertugas bertanyakan sesuatu kepada pemandu ambulan tuh.. "Err.. ada tak matrik kad pelajar? Saya nak buat pendaftaran nih..!" tegas jururawat tuh.. dan pemandu ambulan tuh hanya menggeleng2kan kepalanya menandakan yang dia tak tahu.. aik? macam mana nak buat pendaftaran kalau sapa pun tak tahu nama dan no matrik pelajat yg cedera tuh? takkan la plak jururawat tuh nak masuk masuk bilik kecemasan dan tanya pelajar yg tengah dijahit kepala dia soalan macam nih.."Jap ye adik.. tahan sakit ye.. nama adik apa? no matrik apa?"..heheheh takkan la kot? Betul tak cakap aku?
Mungkin naluri aku utk melihat pelajar yg berlumuran darah itu adalah naluri seorang sahabat.. Maka aku pun bangun nak mencelah perbualan jururawat tuh.. "Akak, saya kenal pelajar tu.. dia kawan sekelas saya.. nama dia Aznor Suandi Azim..!".. iye.. boboi la pelajar yang berlumuran darah tuh.. selepas selesai aku memberikan maklumat mengenai boboi.. lepas tuh si pian pun sampai.. dari mulut pian aku dapat tahu yang boboi terjatuh bebetul depan bola hoki yang sedang dipukul oleh seorang pelajar india sewaktu pian dan boboi sedang menyertai pertandingan hoki di UTM.. apa lagi.. dengan bola hoki dan dahi boboi dirembat oleh pelajar india tu.. dan aku pasti sekarang, jika boboi tgh dok baca cerita aku nih.. sure dia akan meraba parut di dahi dia mengenangkan kisah ini.. dan kesan pukulan kayu hoki itu kepada boboi dan kami ialah.. sejak kejadian itu, boboi sudah mula menjauhkan diri daripada aktiviti sukan.. mungkin atas alasan peribadi kot? walau apa pun.. aku memang tak boleh lupa la.. memang banyak giler darah membasahi muka sehingga menitik2 di atas lantai klinik tuh... dan walau macam mana keadaannya..aku masih boleh kenal.. itu la boboi.. kawan aku..!!
emmm.. itu la antara cerita2 yang aku tak boleh lupa.. cerita tentang aku dan klinik UTM.. kelakar je topiknya hari ni.. tapi kenangan atau nostalgia tuh memang tak boleh dipandang sipi..
emmm cukup aaa.. nanti aku sambung balik la.. aku nak teruskan buat keje lain jap.. Sibuknya aku minggu nih.. serabut kepala..

No comments:
Post a Comment