web site traffic statistics
Selamatkan Bumi Kita
Kelip-kelip Di Sangka Api.. Kalau Api Mana Puntungnya..?
Hilang Ghaib Di Sangka Mati.. Kalau Mati Mana Kuburnya...!



Wednesday, January 7, 2009

New Born Group Baby 03 - Rayyan Hadi Bin Ruhaizan

Errmm... ini gambar my baby boy.. Rayyan Hadi nama yang telah dipilih.. eermm lahir pada subuh Isnin, 22.12.2008 yang lalu di Pusat Rawatan Mahsuri, Jitra. Wife aku terpaksa bersalin dengan cara pembedahan memandangkan baby dalam kedudukan melintang... Sebenarnya Rayyan Hadi ini adalah merupakan anak yang kedua untuk family aku, tetapi memandangkan abangnya iaitu Ahmad Razin telah meninggal dunia sehari sebelum dilahirkan maka kehadiran Rayyan Hadi sememangnya amat2 dinantikan dan semoga baby ini membawa keceriaan dan kebahagiaan ke dalam keluarga aku...

Ermmm... apa makna Rayyan Hadi ek? Rayyan adalah merupakan nama salah satu pintu Syurga untuk insan2 yang berpuasa secara sempurna dan penuh.. Manakala Hadi plak membawa makna pembimbing atau pemimpin.. hehehe itu la maknanya.. Tapi kan, sebenarnya wife pun pilih nama Hadi sempena nama Presiden PAS... dan kebetulan plak nama Rayyan tuh adalah sama dengan nama Pemimpin HAMAS yang terbunuh baru2 ini kena bom dengan Israel.. Hopefully nanti bila baby dah besar.. dia akan utamakan ISLAM lebih dari segalanya dulu..

Oklah.. lain kali aku share lagi gambar2 lain.. Tunggguuuu......!!

No comments: